Bersukan sambil beribadah

Bersukan sambil beribadah

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jan – Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Besar dan Jabatan Hal Ehwal Masjid hari ini telah menganjurkan Kejohanan Futsal Kumpulan Belia Masjid Senegara yang diadakan sehari di Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya.

Pada kejohanan tersebut Kumpulan Belia Masjid Kampung Bengkurong muncul juara diikuti Kumpulan Belia Masjid Kampung Sungai Bunga di tempat kedua, Kumpulan Belia Masjid Kampung Belais di tempat ketiga dan Kumpulan Belia Masjid Surau Tentera Laut Diraja Brunei di tempat keempat. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid, pegawai dan kakitangan dari Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan belia-belia masjid senegara dan memupuk semangat berpasukan dalam bersukan bagi menuju ke arah warga sihat.

Pada hari tersebut juga ahli jawatankuasa masjid kampung berkenaan juga mengadakan perlawanan persahabatan futsal dengan pegawai dan kakitangan dari Jabatan Hal Ehwal Masjid yang diketuai oleh Pengarah Hal Ehwal Masjid yang berkesudahan seri 1-1.

Terdahulu, para peserta khususnya kumpulan belia masjid telah pun bermalam di Masjid Kampung Sungai Besar bagi mengadakan beberapa aktiviti antaranya mengikuti sembahyang berjemaah, membaca Ratib Al-Attas dan membaca Surah Yasin.

Kumpulan Belia Masjid Kampung Bengkurong yang menjuarai kejohanan tersebut.
Kumpulan Belia Masjid Kampung Bengkurong yang menjuarai kejohanan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA