Bersyukur bantuan zakat disokong

Bersyukur bantuan zakat disokong

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat, kerana telah mempertimbangkan rayuan permohonan saya bagi mendapatkan bantuan kewangan bulanan Zakat Asnaf Fakir dan Miskin.

Saya adalah seorang ‘Orang Kelainan Upaya’ (OKU) dan tidak berkeupayaan lagi untuk hidup berdikari bagi meraih sumber pendapatan disebabkan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan kerana menghidap sejenis penyakit kronik ‘Muscular Dystrophy’. Penyakit otot degeneratif yang dihidapi ini mengalami kemerosotan secara semula jadi dan menyebabkan saya hilang keupayaan secara kekal.

Baru-baru ini saya telah menerima surat memaklumkan yang saya telah disokong dan diberikan bantuan zakat. Alhamdulillah saya amat bersyukur dan ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat serta juga kepada Media Permata kerana sudi menyiarkan rayuan saya itu.

– Pemohon zakat OKU

ARTIKEL YANG SAMA