Bertahlil di Kubah

Bertahlil di Kubah

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berangkat ke Majlis Bertahlil bagi ayahanda dan bonda Baginda, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja.

Keberangkatan tiba Baginda Sultan dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

Berangkat hadir ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Jefri Bolkiah.

Berangkat sama ialah putera-putera Baginda iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel serta kerabat diraja yang lain.

Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan tahlil dan doa tahlil dan disusuli dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

pg01_150729_a

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan bersama kerabat diraja yang lain berkenan berangkat di Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan bersama kerabat diraja yang lain berkenan berangkat di Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja.

pg05_150729_b

pg05_150729_c

pg05_150729_d

pg05_150729_f

pg05_150729_e

pg05_150729_g

pg05_150729_h

Pada majlis tersebut Baginda Sultan berkenan menjirus ayeng asah-asahan ke makam ayahanda dan bonda baginda.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah juga berkenan menjirus ayeng asah-asahan ke makam nenda Duli Yang Teramat Mulia.

Turut berkenan menjirus ayeng asah-asahan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Di-Gadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien lindung pada 3 Muharam 1407 Hijrah bersamaan 7 September 1986 Masihi dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit lindung pada 20 Syawal 1399 Hijrah/13 September 1979 Masihi.

Berangkat dan hadir ke majlis tersebut ialah Yang Amat Mulia pengiran-pengiran cheteria, menteri-menteri kabinet, ahli Majlis Mesyuarat Diraja, timbalan-timbalan menteri, pengiran-pengiran peranakan, pehin-pehin manteri, manteri-manteri pendalaman, setiausaha-setiausaha tetap dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

ARTIKEL YANG SAMA