Bertahlil di Kubah

Bertahlil di Kubah

Oleh Syahmi Hassan
Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat ke majlis bertahlil bagi ayahanda dan bonda Baginda, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel serta kerabat diraja yang lain.

Keberangkatan tiba Baginda Sultan dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Seti Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud serta pegawai-pegawai kanan di Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan tahlil dan doa tahlil sebelum disusuli dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Baginda Sultan berkenan menyiram air asah-asahan ke makam Al-Marhum Paduka Ayahanda Baginda di Kubah Makam Diraja, kelmarin.
Baginda Sultan berkenan menyiram air asah-asahan ke makam Al-Marhum Paduka Ayahanda Baginda di Kubah Makam Diraja, kelmarin.
Duli Pengiran Muda Mahkota berkenan menyiram air asah-asahan ke makam Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.
Duli Pengiran Muda Mahkota berkenan menyiram air asah-asahan ke makam Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.

p01-3_20160713

Baginda Sultan bersama ahli kerabat diraja semasa berkenan berangkat ke majlis bertahlil bagi ayahan-da dan bonda Baginda di Kubah Makam Diraja, kelmarin.
Baginda Sultan bersama ahli kerabat diraja semasa berkenan berangkat ke majlis bertahlil bagi ayahan-da dan bonda Baginda di Kubah Makam Diraja, kelmarin.

p01-5_20160713 p01-6_20160713

ATAS & BAWAH: Duli Pengiran Perdana Wazir, Duli Pengiran Bendahara, Duli Pengiran Digadong, YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menyiram air asah-asahan ke makam Al-Marhum dan Al-Marhumah.
ATAS & BAWAH: Duli Pengiran Perdana Wazir, Duli Pengiran Bendahara, Duli Pengiran Digadong, YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menyiram air asah-asahan ke makam Al-Marhum dan Al-Marhumah.

p01-8_20160713 p01-9_20160713

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya berkenan menjirus air asah-asahan ke makam Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan makam Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, yang diikuti oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien lindung pada 3 Muharam 1407H bersamaan dengan 7 Sept. 1986 dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit lindung pada 20 Syawal 1399H bersamaan dengan 13 Sept. 1979.

Juga hadir ke majlis tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, menteri-menteri kabinet, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Diraja, timbalan-timbalan menteri, pengiran-pengiran peranakan, pehin-pehin manteri, manteri-manteri pendalaman, setiausaha-setiausaha tetap serta para pegawai kanan kerajaan.

ARTIKEL YANG SAMA