Bertahlil di Kubah Makam Diraja

Bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Sahama

 

Bandar Seri Begawan, 17 Jun – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Bunut Perpindahan, Kampung Madewa, Sungai Ketam, Telanai, Kampung Tasek Meradun-Bunut bersama Jawatankuasa Takmir dan Jemaah Masjid Kampung Bunut telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin, Bertahlil dan Doa Arwah di Kubah Makam Diraja, di ibu negara, baru-baru ini, sempena menjelangnya bulan Ramadan yang mubarak.

Majlis membaca surah Yasin dan bertahlil berkenaan adalah khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah diikuti bacaan Yasin dan bertahlil yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Bunut, Haji Sabtu bin Haji Abdullah, sementara doa arwah dibacakan oleh Haji Shari bin Awang Murat.

Turut hadir di majlis tersebut ialah jemaah penasihat, ketua-ketua kampung bagi kampung-kampung yang terlibat, ahli-ahli jawatankuasa MPK dan takmir masjid serta para penduduk kampung yang terlibat.

Ahli MPK yang ikut serta dalam majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja.
Ahli MPK yang ikut serta dalam majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja.
Imam masjid ketika mengetuai bacaan tahlil.
Imam masjid ketika mengetuai bacaan tahlil.

ARTIKEL YANG SAMA