Bertahlil di Kubah Makam Diraja

Bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Yusrin Junaidi, Abdul Rahim Haji Ismail & Sahama

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Kubah Makam Diraja di ibu negara terus menjadi tumpuan pelbagai pihak mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin, Bertahlil dan Doa Arwah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit sempena menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Antara yang mengadakannya hari ini, ialah rombongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), yang dihadiri sama oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah.

Turut hadir ialah setiausaha tetap di KKBS serta hampir 100 orang pegawai kanan, pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan.

Di majlis itu, bacaan Surah Yasin dan tahlil dipimpin oleh Haji Kadir MC Mohammad.

Yang Berhormat Pehin Haji Hazair ketika menghadiri majlis tahlil di Kubah Makam Diraja.
Yang Berhormat Pehin Haji Hazair ketika menghadiri majlis tahlil di Kubah Makam Diraja.
Antara warga KKBS yang hadir di majlis tahlil berkenaan.
Antara warga KKBS yang hadir di majlis tahlil berkenaan.

Kementerian kerajaan yang turut mengadakan majlis seumpamanya ialah Kementerian Pertahanan yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Brigadier Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa arwah dipimpin oleh Pegawai Agama Kanan Kementerian Pertahanan, Haji Ruslan bin Haji Sulaiman.

Dato Paduka Haji Mustappa (3 dari kanan) di majlis tahlil di Kubah Makam Diraja.
Dato Paduka Haji Mustappa (3 dari kanan) di majlis tahlil di Kubah Makam Diraja.

pg09_150630_d

Lebih 200 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, komandan, pengarah, pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB menghadiri majlis tersebut.

Sementara itu, pada majlis yang berasingan, unit-unit ABDB juga mengadakan Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja yang dihadiri oleh pemerintah-pemerintah tentera.

Dalam pada itu, baru-baru ini, Majlis Perundingan Mukim (MKM) Tamoi juga mengadakan majlis seumpamanya, sebagai salah satu aktiviti keagamaannya yang dianjurkan bersama dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Mukim Tamoi.

MKM Tamoi turut mengadakan majlis tahlil bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Kubah Makam Diraja. - Gambar Sahama
MKM Tamoi turut mengadakan majlis tahlil bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Kubah Makam Diraja. – Gambar Sahama

Turut hadir di majlis itu ialah Penghulu Mukim Tamoi, Pengarah Haji Mokti bin Mat Salleh, ketua-ketua kampung di bawah Mukim Tamoi, ahli-ahli jawatankuasa majlis perundingan kampung dan jawatankuasa takmir masjid serta penduduk kampung.

Bacaan Surah Yasin dan tahlil dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Mukim Tamoi, Awang Faizal bin Rosli @ Janif.

ARTIKEL YANG SAMA