Bertahlil di Kubah Makam Diraja

Bertahlil di Kubah Makam Diraja

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Bersempena dengan bulan suci Ramadan ini, Kubah Makam Diraja di ibu negara terus menjadi tumpuan pelbagai pihak yang mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin, Bertahlil dan Doa Arwah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

Antara yang mengadakannya pada hari ini adalah rombongan yang terdiri daripada 40 wakil Brunei Shell Marketing Company Sendirian Berhad (BSM) bersama rakan perniagaan mereka dan Shell Deepwater Borneo Limited (SDB).

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, kemudian Surah Yasin dan diteruskan dengan bertahlil yang diketuai oleh Ustaz dari Jabatan Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Azrol Alim bin Haji Zaini. Turut hadir di majlis itu ialah Pengarah Urusan BSM, Pengiran Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, bersama ahli pasukan pengurusan dan kakitangan dari BSM dan SDB.

Majlis berkenaan merupakan sebahagian aktiviti keagamaan tahunan BSM selain majlis tadarus dan khatam Al-Quran. Tahun ini SDB juga ikut serta menyokong kegiatan keagamaan BSM.

Sementara itu, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan anak-anak syarikatnya iaitu Insurans Islam TAIB Sdn Bhd (IITSB) dan Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB) turut mengadakan Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja, kelmarin.

Antara warga TAIB, IITSB dan DHSB yang hadir di majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja, kelmarin.
Antara warga TAIB, IITSB dan DHSB yang hadir di majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja, kelmarin.
Kalangan ahli MPK dan Takmir Masjid Kampung Bengkurong yang ikut serta di majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja, baru-baru ini.
Kalangan ahli MPK dan Takmir Masjid Kampung Bengkurong yang ikut serta di majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja, baru-baru ini.
Warga BSM dan SDB yang hadir di Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, kelmarin.
Warga BSM dan SDB yang hadir di Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, kelmarin.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Penasihat Lembaga Pengarah TAIB, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Lembaga Pengarah TAIB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, ahli-ahli lembaga pengarah TAIB, jawatankuasa penasihat syariah TAIB, pegawai-pegawai dan kakitangan Perbadanan TAIB, IITSB dan DHSB.

Manakala itu, Majlis Perundingan Kampung (MPK) dan Takmir Masjid Kampung Bengkurong, juga kelmarin, mengadakan majlis seumpamanya, yang mana bacaan Surah Yasin dan tahlil dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Bengkurong, Haji Abdullah bin Begawan Pehin Khatib Haji Wahid.

Hadir sama ialah Penolong Yang Dipertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Mohd Yusof dan Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Dani bin Haji Ibrahim, Ketua Kampung Bengkurong, Haji Talib bin Haji Abu Bakar bersama ahli-ahli MPK Bengkurong dan penduduk-penduduk kampung berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA