Bertahlil di Kubah Makam Diraja

Bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan hari ini mengadakan Majlis Bertahlil, bacaan Yasin dan doa arwah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit sempena sambutan Hari Guru ke-25, di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Hadir di majlis berkenaan ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. Penguasa Masjid Omar Ali Saifuddien, Haji Zulkifli bin Haji Murat mengetuai bacaan surah Yasin dan tahlil.

Seramai 500 orang terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Hal Ehwal Ugama dan guru-guru serta kakitangan dari sekolah-sekolah, maktab, institusi pengajian tinggi, teknikal dan vokasional dari Kementerian Pendidikan menghadiri majlis tersebut.

Warga Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Pendidikan bertahlil di Kubah Makam Diraja.
Warga Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Pendidikan bertahlil di Kubah Makam Diraja.

Majlis merupakan sebahagian daripada kegiatan keagamaan sempena sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam yang dikendalikan oleh kedua-dua kementerian itu.

Tema sambutan Hari Guru tahun ini ialah ‘Guru Pemangkin Insan Berwawasan’ yang akan disambut pada 23 September 2015.

ARTIKEL YANG SAMA