Bertahlil di Kubah Makam Diraja

Bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Warga Perkhidmatan Awam, petang tadi, telah mengadakan majlis tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, di sini, hari ini, sempena menyambut Hari Perkhidmatan Awam ke-22.

Hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Abdul Wahab bin Juned selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Perkhidmatan Awam ke-22.

Mengetuai bacaan tahlil pada majlis tersebut ialah Penguasa Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Awang Zulkifli bin Haji Murat.

Dato Paduka Haji Abdul Wahab (tiga kiri) hadir pada majlis bertahlil bersempena dengan sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali ke-22.
Dato Paduka Haji Abdul Wahab (tiga kiri) hadir pada majlis bertahlil bersempena dengan sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali ke-22.

ARTIKEL YANG SAMA