Bertahlil di Kubah Makam Diraja sempena Hari Raya

Bertahlil di Kubah Makam Diraja sempena Hari Raya

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Unit Belia, Bahagian Imarah dengan kerjasama pejabat-pejabat hal ehwal masjid dari keempat-empat daerah serta imam-imam masjid, hari ini, telah mengadakan Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja.

Rombongan berkenaan telah diketuai oleh Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan doa telah dipimpin oleh Awang Mohd Taufiq bin Haji Abdul Rahman.

Objektif majlis ini adalah untuk menerapkan sifat taat dan hormat kepada pemimpin, meningkatkan fahaman Hablumminallahi Wahablum Minan Nass, di samping mengeratkan hubungan silaturahim para belia yang datang dari kawasan berbeza.

Jabatan Hal Ehwal Masjid meriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan bertahlil di Kubah Makam Diraja.
Jabatan Hal Ehwal Masjid meriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan bertahlil di Kubah Makam Diraja.

Selain itu, ia juga melatih para ahli kumpulan belia masjid untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti keagamaan, dan menambah keyakinan para belia masjid dalam bergaul sesama pihak Jabatan.

ARTIKEL YANG SAMA