Bertahlil di tanah perkuburan Kg Belais

Bertahlil di tanah perkuburan Kg Belais

Oleh Ampuan Irma Susanti

 

TEMBURONG, 29 Jun – Sebagai sebahagian daripada aktiviti amal kebajikan di bulan Ramadan, Jabatan Penerangan, baru-baru ini, telah mengadakan kempen membersihkan tanah perkuburan di Kampung Belais, di sini.

Hadir dalam kempen itu ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar, pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan, ketua Kampung Belais dan Buda-Buda dan ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Belais.

Acara diselajurkan dengan bacaan tahlil dan doa arwah yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Belais, Haji Shamsudin bin Haji Azahari.

Amalan menziarahi dan membersihkan kawasan tanah perkuburan merupakan satu ibadah agar setiap kawasan tanah perkuburan Islam sentiasa dalam keadaan bersih, terjaga dan selamat.

Pemangku Pengarah Penerangan serta para pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Penerangan membaca tahlil dan doa arwah di tanah perkuburan Kampung Belais.
Pemangku Pengarah Penerangan serta para pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Penerangan membaca tahlil dan doa arwah di tanah perkuburan Kampung Belais.

Menziarahi tanah perkuburan hukumnya adalah sunat dengan hikmah dan tujuannya adalah agar kita mengambil pengajaran atau peringatan daripadanya akan mengingati mati dan hari akhirat.

Dengan menziarahi kubur juga boleh membawa rahmat kepada orang-orang yang telah pergi dengan doa dan istighfar daripada orang yang menziarahinya.

ARTIKEL YANG SAMA