Bertan-tan kepah mati di Vietnam

Bertan-tan kepah mati di Vietnam

HANOI, 28 April – Lebih 100 tan kepah mati di tengah Vietnam, lapor media kerajaan hari ini, ketika kemarahan awam memuncak berhubung kemungkinan kebocoran sisa toksik mencemari lautan berhampiran zon industri.

Longgokan moluska yang mati telah ditemui di rantau pesisir sama tempat ikan mati yang dihanyutkan ke pantai awal bulan ini, mencetuskan amaran dan menghambat ekonomi penangkapan ikan tempatan.

Petani kepah di wilayah Ha Tinh berasa sedih dengan kerugian yang berlaku sejurus sebelum tiba waktunya ia matang, lapor berita milik kerajaan Tuoi Tre News.

“Kami sudah lama menunggu untuk mengutip kepah yang sudah matang,” kata petani tempatan, Tran Thi Lua. “Ramai pedagang telah membayar deposit untuk membeli kepah saya, namun kini semuanya tinggal harapan yang telah punah.”

Pihak berkuasa Vietnam telah mengharamkan penggunaan dan perdagangan kepah sementara siasatan masih diteruskan, ketika kebimbangan memuncak yang kimia bertoksik itu mungkin telah bocor masuk ke air berhampiran kilang industri berhampiran. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA