Bertan-tan sisa plastik dibuang ke laut

Bertan-tan sisa plastik dibuang ke laut

JAKARTA, 9 Nov (Agensi) – Mengikut satu kajian disiarkan jurnal Science, Indonesia menghasilkan 3.2 juta tan sisa plastik pada tahun 2010, dengan kira-kira 1.29 juta tan dibuang ke laut.

Angka itu menjadikan Indonesia negara kedua selepas China, dengan 8.8 juta tan sisa, atau 27 peratus daripada sisa plastik global dengan 3.5 juta tan dibuang ke laut.

Kajian itu mendapati lapan juta tan sisa plastik berakhir di lautan setiap tahun. Angka itu jika dikumpulkan mampu meliputi 34 kali ganda saiz bandar Manhattan, Amerika Syarikat.

Sisa plastik yang dibuang ke laut terdampar di persisiran pantai. – Reuters
Sisa plastik yang dibuang ke laut terdampar di persisiran pantai. – Reuters

Kumpulan penyelidik yang diketuai Jenna Jamback dari University of Georgia, menganggarkan penduduk yang tinggal dalam jarak 50 kilometer dari pantai yang dihasilkan sekitar 275 juta tan plastik pada tahun 2010.

Jambeck dan kumpulan penyelidiknya turut menyenaraikan 20 negara yang banyak membuang sisa plastik ke lautan. Pakar berpendapat tanpa pengurusan sisa yang betul, jumlah sisa plastik boleh meningkat sepuluh kali ganda pada tahun 2025. Malaysia turut tersenarai di tangga kesembilan negara yang banyak menghasilkan sisa buangan ke laut.