Bertegas ke atas pengelak cukai

Bertegas ke atas pengelak cukai

SYDNEY, 16 Ogos (AFP) – Firma multinasional yang sedang memindah keuntungan ke luar pesisir untuk mengelak membayar cukai Australia harus “dinamakan dan dimalukan,” menurut pengerusi siasatan parlimen Australia dalam amalan tersebut hari ini sebelum pengeluaran satu laporan.

Siasatan telah menyoal wakil tertinggi daripada beberapa firma terbesar dunia dalam sektor teknologi, farmaseutikal dan perlombongan mengenai sama ada mereka menggunakan struktur korporat yang kompleks untuk mengurangkan bebanan cukai mereka.

Kempen di Australia untuk bertindak keras ke atas firma multinasional telah diadakan di negara lain, dengan Britain pada Mac memperkenalkan “cukai Google” ke atas syarikat yang memindah keuntungan ke luar negara.

“Pesalah cukai paling teruk harus dinamakan dan dimalukan, mereka harus memberi alasan kepada orang awam kenapa mereka mengambil dasar yang diambil oleh mereka,” beritahu pengerusi siasatan Sam Dastyari kepada wartawan di Sydney.

Laporan siasatan, dijangka dibentangkan di parlimen esok, akan meminta pendedahan kes pengelakan membayar cukai dengan Pejabat Percukaian Australia melebihi jumlah tertentu – seperti Aus$100 juta, lapor akhbar Sydney Morning Herald.

“Pada masa ini, anda mempunyai beberapa siri syarikat paling berpengaruh di Australia yang menentang mana-mana tindakan untuk mendedahkan apa yang berlaku di sebalik pintu tertutup di antara mereka dan pejabat percukaian,” tambah Dastyari.

“Lebih banyak pendedahan awam, lebih banyak tekanan yang diberikan kepada syarikat berkenaan, lebih baik keputusan dasar.”

Salah satu daripada 18 cadangan dalam laporan akan mencadangkan syarikat yang mempunyai ibu pejabat di luar negara juga harus mendedahkan pendapatan mereka, cukai berbayar dan pemotongan yang digunakan di Australia, kata Herald.

Firma yang disoal oleh mesyuarat dewan Senat, termasuk Apple, Google, Pfizer dan Johnson & Johnson, berkata mereka telah mematuhi undang-undang percukaian antarabangsa dan tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA