Bertemu Atletico, peluang Barcelona balas dendam

Bertemu Atletico, peluang Barcelona balas dendam

NYON (Switzerland), 18 Mac (AFP) – Juara bertahan, Barcelona dengan trio penyerang paling digeruni akan bertembung kelab senegara dari Sepanyol dan finalis 2014, Atletico Madrid pada undian kelompok lapan terakhir Liga Juara-Juara, sebentar tadi.

Sudah tentu Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar akan cuba tampil membalas dendam selepas tersingkir pada suku akhir 2-1 secara agregat di tangan anak buah Diego Simeone, dua tahun lalu.

Dalam satu lagi pertembungan pasangan kelab kaya, Manchester City dan Paris Saint-Germain akan bertemu selepas penyerang Sweden Zlatan Ibrahimovic membantu kelabnya mengatasi Chelsea dalam pusingan sebelum ini.

Ia adalah suku akhir pertama City dalam saingan elit Eropah.

Pertemuan Neymar, Messi, Suarez dengan kelab senegara dari Sepanyol dan finalis 2014, Atletico Madrid, memberi peluang untuk mereka membalas dendam selepas tersingkir pada suku akhir 2-1 secara agregat di tangan anak buah Diego Simeone, dua tahun lalu. – Reuters

Selepas mengatasi Juventus dalam kebangkitan dramatik pada pertengahan minggu ini, juara lima kali Liga Juara-Juara, Bayern Munich seharusnya lega apabila berdepan wakil Portugal, Benfica.

Pasukan Portugal itu menang Piala Eropah pada 1961 dan 1962, namun pasukan Jerman yang diketuai Pep Guardiola dalam musim terakhirnya sebelum berpindah ke Manchester City, pasti lega dengan undian berkenaan.

Pasukan bimbingan Zinedine Zidane yang juga juara 10 kali, Real Madrid bersama penjaring terbanyak Liga Juara-Juara, Cristiano Ronaldo (13 gol), diundi berdepan kelab Jerman Wolfsburg, bersama kelebihan bermain di laman sendiri pada perlawanan kedua berdepan pasukan pertama kali layak ke suku akhir itu.