Bertemu selepas 70 tahun

Bertemu selepas 70 tahun

CHICAGO, 1 Julai (AFP) – Pasukan bola sepak Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Cuba di Havana pada 7 Oktober ini, perlawanan pertama selepas 70 tahun.

Perkembangan itu diumumkan oleh Persekutuan Bola Sepak di sini, sebentar tadi.

Perlawanan persahabatan itu yang bertujuan merapatkan hubungan antara kedua-dua pihak, adalah pertama sejak 1947 dan kunjungan kali kedua buat pasukan bola sepak AS ke pulau berkenaan.

Sebelum ini, kunjungan sulung pada 2008 ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2010.

Pasukan Amerika Syarikat ketika dalam saingan Copa America baru-baru ini. – AFP
Pasukan Amerika Syarikat ketika dalam saingan Copa America baru-baru ini. – AFP

Pada Mac lalu, Presiden AS, Barack Obama menyaksikan perlawanan pertunjukan antara pasukan daripada Major League Baseball, Tampan Bay Rays dan pasukan kebangsaan Cuba.

Ia adalah juga lawatan pertama pemimpin tertinggi AS ke Cuba sejak 1999.

ARTIKEL YANG SAMA