Bertemu semula selepas 18 tahun

Bertemu semula selepas 18 tahun

Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Julai – Bagi menge-ratkan ikatan silaturahim, mantan pegawai pemerintah dan jurulatih kompeni askar muda telah mengadakan majlis pertemuan semula di iCrave Restaurant Kopitiam, Bangunan iCenter, Anggerek Desa.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis adalah mantan Pegawai Pemerintah Kompeni Askar Muda, Mejar (B) Pengiran Haji Hashim bin Pengiran Wahid.

Menurut pengerusi majlis berkenaan, PW1 (B) Rosman bin Haji Mohd Kamis dan penasihat, SSJN (B) Haji Abdul Rahman bin Pudin, tujuan majlis tersebut adalah untuk menemukan semula anggota yang bertugas di Kompeni Askar Muda sejak 18 tahun lalu.

Beliau mewakili seluruh warga terlibat mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437 Hijrah dan memohon maaf zahir dan batin kepada rakan-rakan yang masih bertugas dan yang sudah bersara serta menyuarakan harapannya supaya majlis tersebut akan diadakan tiap-tiap tahun ketika menjelangnya bulan Ramadan.

Mantan pegawai memerintah dan jurulatih-jurulatih Kompeni Askar Muda pada majlis pertemuan semula itu.
Mantan pegawai memerintah dan jurulatih-jurulatih Kompeni Askar Muda pada majlis pertemuan semula itu.

ARTIKEL YANG SAMA