Bertemu semula selepas 44 tahun

Bertemu semula selepas 44 tahun

Oleh Haji Ahmad bin Haji Piut

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Tarikh 15 Oktober 1972 merupakan satu tarikh yang sangat bermakna bagi para mantan anggota polis pengambilan skuad No: 2/1972 kerana pada haribulan yang sama iaitu pada 15 Oktober 2016, mereka telah bertemu semula selepas genap 44 tahun mereka mula-mula menjalani latihan anggota polis bersama.

Pertemuan bagi meraikan majlis sambutan ulang tahun ke-44 dan diselajurkan dengan doa kesyukuran itu telah diadakan di Restoran Sotorindu, Gedung Giant Rimba.

Seramai 26 orang mantan anggota polis hadir di majlis tersebut, dan juga dihadiri bersama ahli-ahli keluarga para mantan.

Keceriaan mereka terserlah apabila mengimbas kembali ketika menjalani latihan asas pelatih selama 28 minggu (enam bulan) dulu, meskipun selepas tamat latihan pada 29 April 1973 mereka telah ditempatkan di unit cawangan yang berbeza.

Antara tujuan pertemuan tersebut adalah bagi mengeratkan lagi silaturahim antara pada mantan anggota polis skuad No: 2/1972, dan bersyukur kerana diberi kesempatan untuk bertemu semula selepas 44 tahun.

ARTIKEL YANG SAMA