Bertemu semula sesudah 35 tahun

Bertemu semula sesudah 35 tahun

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Setelah 35 tahun berpisah apabila tamat persekolahan, kira-kira 35 orang alumni Sekolah Persediaan Inggeris (SP) Bangar Kelas 3B 1979, kembali bertemu semula dalam majlis reunion yang berlangsung di restoran Mangrove Paradise hujung minggu lalu.

Akibat sudah lama tidak berjumpa, mereka yang hadir bersama pasangan masing-masing menghabiskan masa hampir lima jam dari 11.00 pagi hingga 4.00 petang untuk bertanya khabar serta mengimbau kembali kisah-kisah lama yang setentunya penuh nostalgik.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah untuk rakan yang telah kembali ke rahmatullah. Hadir selaku tetamu kehormat ialah bekas guru kelas mereka, Cikgu Haji Lamat bin Haji Lakim.

ARTIKEL YANG SAMA