Bertemu semula setelah 44 tahun terpisah

Bertemu semula setelah 44 tahun terpisah

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Seramai 18 orang bekas penuntut Maktab SOAS pada tahun 1972 dan 1973 telah mengadakan Majlis Pertemuan Semula, baru-baru ini setelah terpisah selama 44 tahun. Majlis itu telah diadakan di Restoran Mangrove Paradise Resort, di Kota Batu.

Perancangan ini bermula setelah sebahagian daripada mereka berusaha menghubungi beberapa bekas-bekas pelajar di sekolah tersebut melalui aplikasi Whatsap sehinggalah timbul perancangan untuk mengadakan pertemuan semula.

Diteruskan dengan bacaan doa selamat

Acara pada majlis tersebut dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah secara beramai-ramai dan disedekahkan kepada rakan-rakan mereka yang telah meninggal dunia.

Gambar nostalgia zaman persekolahan tingkatan 5G SOAS tahun 1973.
Gambar nostalgia zaman persekolahan tingkatan 5G SOAS tahun 1973.
Seramai 18 orang bekas pelajar tingkatan 4G, tahun 1972 dan tingkatan 5G, tahun 1973 telah mengadakan Majlis Pertemuan Semula setelah terpisah selama 44 tahun.
Seramai 18 orang bekas pelajar tingkatan 4G, tahun 1972 dan tingkatan 5G, tahun 1973 telah mengadakan Majlis Pertemuan Semula setelah terpisah selama 44 tahun.

Acara kemudiannya diteruskan lagi dengan bacaan doa selamat dan seterusnya, rakan-rakan yang hadir berpeluang bergambar ramai sebagai kenangan yang manis buat mereka kerana telah berjaya berkumpul semula setelah terpisah selama 44 tahun yang lalu.

Kebanyakan mereka yang hadir merakamkan rasa gembira dan terharu sehingga ada di antara mereka mengeluarkan air mata kerana telah bertemu semula.

Para rakan-rakan yang hadir seterusnya berkongsi kisah suka dan duka sesama mereka semasa masih bergelar penuntut dan mengimbas kembali kenangan menuntut bersama di Maktab tersebut.