Bertemu setelah 44 tahun terpisah

Bertemu setelah 44 tahun terpisah

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Setelah lebih 44 tahun berpisah, seramai 50 orang bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA) 1971 dari Menengah 1 hingga 5, bertemu semula dalam majlis pertemuan semula, baru-baru ini, atas usaha salah seorang bekas pelajar menghubungi rakan-rakan lama melalui WhatsApp.

Majlis yang diadakan di Restoran Stadium Negara Hassanal Bolkiah itu dipengerusikan oleh Haji Suhaimin bin Haji Abas yang melahirkan perasaan gembira dan terharu dengan pertemuan itu setelah lama tidak bersua muka.

Majlis berkenaan telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah bagi bekas-bekas pelajar yang telah kembali ke rahmatullah, sebelum diikuti dengan bacaan doa selamat serta sesi bergambar ramai.

Bekas pelajar SMJA 1971 bergambar ramai pada majlis pertemuan semula itu.
Bekas pelajar SMJA 1971 bergambar ramai pada majlis pertemuan semula itu.

ARTIKEL YANG SAMA