Bertindak segera ke atas pelampau Yahudi

Bertindak segera ke atas pelampau Yahudi

BAITULMAQDIS, 11 Ogos – Badan bertanggungjawab ke atas harta Roman Katolik di Holy Land menggesa bagi tindakan undang-undang ke atas kumpulan pelampau Yahudi dan para pemimpinnya selepas beliau membuat tinjauan ke atas beberapa buah gereja yang menjadi mangsa pembakaran.

“Bahaya dan ancaman kepada Gereja dan kepada penganut Kristian di Israel boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja,” tulis Penjaga Holy Land dalam rayuannya kepada Peguam Negara Israel Yehuda Weinstein seperti yang dilihat oleh AFP semalam.

Surat itu menggesa Israel supaya mengambil tindakan segera untuk mengharamkan pertubuhan pelampau Lehava dan mengenakan dakwaan ke atas pemimpinnya, Benzi Gopstein.

Penyampaian surat itu menyusuli setangan, dipercayai oleh pelampau Yahudi, ke atas kawasan warga Palestin dan penganut Kristian di Israel dan wilayah-wilayah yang diduduki Israel.

Seorang anak damit berusia 18 bulan serta bapanya maut selepas suspek pelampau Yahudi membakar rumah mereka pada akhir bulan lepas.

Pada 18 Jun, serangan seumpama itu berlaku ke gereja di tepi pantai Laut Galilee di utara Israel di mana Jesus dipercayai melakukan beberapa mukjizat.

Para pendakwa raya Israel sudah pun mendakwa tiga pelampau Israel berkaitan dengan kes tersebut. – AFP