Bertuah menangi Proton Saga

Bertuah menangi Proton Saga

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 28 Ogos – Dayang Hafizah binti Ramlee ternyata bertuah apabila kereta Proton Saga FLX Plus Auto menjadi miliknya selepas memenangi cabutan bertuah siri kedua, Kompleks Membeli-belah KBSentral hari ini.

Hadiah kedua iaitu mesin pencuci LG dimenangi Dayang Misiah Yun, manakala tempat ketiga berupa peti sejuk LG dimenangi oleh Awang Ahmad Daud Bidin dan hadiah keempat berupa sebuah televisyen LG 32 inci pula dimenangi oleh Awang Mohd Faizal bin Haji Hidup.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Ko-Kurikulum Jabatan Pendidikan cawangan Daerah Belait, Haji Eady Sardi bin Pehin Datu Dermasakti Dato Paduka Haji Abdul Razak.

Haji Eady Sardi menyampaikan hadiah cabutan bertuah utama kepada Dayang Hafizah.
Haji Eady Sardi menyampaikan hadiah cabutan bertuah utama kepada Dayang Hafizah.

Manakala 17 lagi membawa pulang berbagai-bagai hadiah lain untuk kempen siri kedua cabutan bertuah itu. Lebih 1,000 orang pemegang kupon cabutan bertuah yang disenaraikan menghadiri majlis itu.

Majlis cabutan bertuah juga diserikan dengan soalan-soalan kuiz untuk dimenangi pengunjung yang mendapat hadiah-hadiah baucar daripada Sugarbun, Ballon Buzz Ria, Mace Enterprise dan juga Focus Point.