Bertuah menangi tiket penerbangan ke Bali

Bertuah menangi tiket penerbangan ke Bali

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Seorang pelanggan bertuah Pan Bright Travel Sevices memenangi tiket penerbangan ke Bali, Indonesia setelah dipilih sebagai pemenang cabutan bertuah Promosi Jelajah dan Menang bagi bulan September.

Penyampaian hadiah kepada Dayang Tasanee telah diadakan di Ibu Pejabat Pan Bright Travel, di sini, kelmarin dan hadir menyampaikan hadiah tajaan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) itu ialah Pengurus Negara RB bagi Brunei, Evelyn Ang.

Cabutan bagi memilih pelanggan bertuah berkenaan telah diadakan pada 6 Oktober lalu dan dibuat oleh Eksekutif Kanan Jualan RB, Dayang Norhaslinda binti Duraman.

Promosi ini telah bermula pada September 2016 dan akan berlangsung sehingga Februari 2017 dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti tiket penerbangan dengan hadiah utama berupa sebuah kereta Hyundai Accent atau beg jenama Hermes Birkin yang ditaja oleh Pan Bright Travel.

ARTIKEL YANG SAMA