Bertukar-tukar pandangan isu serantau, antarabangsa

Bertukar-tukar pandangan isu serantau, antarabangsa

BEIJING, China, 31 Mei – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large (Duta Berkelana) di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, hari ini, memulakan lawatan rasmi ketiga di Republik Rakyat China dengan mengadakan perjumpaan dan menghadiri santap tengah hari bersama dengan Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Rakyat China, Liu Zhenmin.

Ketika perjumpaan tersebut, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Liu Zhenmin telah mengimbas kembali perkembangan hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa.

Pada sebelah petang, Yang Teramat Mulia membuat kunjungan hormat kepada Naib Presiden Republik Rakyat China, Li Yuanchao. Kedua-dua pihak menekankan kepentingan perayaan ulang tahun ke-25 hubungan diplomatik Negara Brunei Darussalam dan China.

Yang Teramat Mulia kemudiannya berangkat menghadiri santap malam yang diberikan oleh Ahli Dewan Negara Republik Rakyat China, Yang Jiechi di Rumah Tetamu Diaoyutai dan bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara.

Mengiringi Yang Teramat Mulia semasa lawatan tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Masna ketika mengadakan perjumpaan dengan Liu Zhenmin.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Masna ketika mengadakan perjumpaan dengan Liu Zhenmin.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Masna ketika membuat kunjungan hormat kepada Li Yuanchao.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Masna ketika membuat kunjungan hormat kepada Li Yuanchao.

Lawatan Yang Teramat Mulia ke Republik Rakyat China adalah atas jemputan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Republik Rakyat China bersempena dengan perayaan ulang tahun ke-25 hubungan diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China.

ARTIKEL YANG SAMA