Bertuntun Ria, ceriakan warga Sindrom Down

Bertuntun Ria, ceriakan warga Sindrom Down

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Dis – Hari ini menjadi hari penuh ceria buat individu dengan Sindrom Down dan ahli keluarga mereka apabila diraikan dalam aktiviti tahunan anjuran Persatuan Sindrom Down (ABLE) iaitu Bertuntun Ria Bersama Kanak-kanak Sindrom Down, ‘Bimbing Kami Ke Arah Kejayaan’ 2015.

Aktiviti di Taman Rekreasi Menteri Besar itu dimeriahkan lagi dengan penyertaan Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan datin.

Sebelum memulakan perjalanan di kawasan taman rekreasi itu, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom dan datin bersama individu dengan Sindrom Down dan ahli keluarga mereka serta ahli-ahli jawatankuasa aktiviti berkenaan telah bersama-sama melakukan senamrobik sebagai sesi memanaskan badan.

Selesai bertuntun ria, semua yang hadir berkumpul dan berehat sebentar sebelum meneruskan aktiviti dengan beberapa permainan ria.

Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom (kanan) bersama salah seorang individu dengan Sindrom Down yang diiringi ibunya.
Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom (kanan) bersama salah seorang individu dengan Sindrom Down yang diiringi ibunya.
Kemeriahan semasa salah satu aktiviti permainan dijalankan.
Kemeriahan semasa salah satu aktiviti permainan dijalankan.
Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bergambar ramai bersama mereka yang menyertai aktiviti Bertuntun Ria berkenaan.
Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bergambar ramai bersama mereka yang menyertai aktiviti Bertuntun Ria berkenaan.

Antara objektif aktiviti berkebajikan itu diadakan adalah bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai keadaan individu dengan Sindrom Down yang memerlukan tuntunan dan bimbingan yang lebih.

Ia juga sebagai wadah untuk mempertemukan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga individu dengan Sindrom Down, selain menghibur ahli-ahli kehormat persatuan yang terdiri daripada individu dengan Sindrom Down.

Selain itu, ia juga sebagai usaha untuk menjana kewangan ABLE yang akan digunakan bagi mencapai objektif ABLE sebagaimana yang tertulis dalam Bab 3, Perlembagaan Persatuan.

ARTIKEL YANG SAMA