Beruang Koala disiksa cetus kemarahan di Australia

SYDNYE, 11 Jan – Seekor beruang koala yang telah mati telah ditemui diskru pada tiang di Australia dalam tindakan yang sungguh menjelikkan’ telah mencetuskan keberangan hari ini di media sosial.

Koala Rescued Queensland (KRQ) memberi respons kepada laporan tentang salah seekor haiwan berbulu itu sedang memanjat sebuah tempat berteduh untuk berkelah di Brooloo Park Lookout berhampiran Gymple, 175 kilometer utara Brisbane semalam tetapi apabila dilakukan pemeriksaan lebih dekat ia ditemui mati dan diskru.

“Koala yang malang ini telah diskru pada tiang dengan menggunakan skru untuk pembinaan,” menurutnya di Facebook. “Ia telah mati, tetapi sama ada atau tidak dia telah diskru dalam perbuatan kejam adalah tidak diketahui.”

Presiden KRQ Murray Chambers berkata dia perkara itu mengarut apabila diberitahu tentang insiden itu.

“Kami mengetahui banyak koala telah ditembak beberapa kali. Ia juga sengaja dilanggar tetapi yang ini adalah kali pertama beberapa perbuatan gila dengan sebenarnya menskru koala pada bangunan.

Gambar seekor beruang Koala yang diskru pada tiang di Brooloo Park Lookout telah mencetuskan kemarahan aktivis haiwan di Australia. – AFP

“Apakah yang telah berlaku kepada masyarakat? Menyakitkan hati,” dia memberitahu penyiar ABC.

Penemuan mengerikan mencetuskan keberangan di halaman Facebook KRQ, dengan ratusan ulasan yang menyelar perbuatan ‘menyakitkan hati itu’

“Sukar dibayangkan, tentang sesiapa yang amat rendah martabatnya,” kata Tim Siggs, manakala Elly Bunting menambah, “Amat dahsyat. Saya benar-benar berharap mereka yang keji ini ditangkap dan mendapat balasan setimpal.”

Koala yang amat disayangi semakin terancam di seluruh Australia dalam beberapa dekad kebelakangan ini terutama disebabkan kehilangan habitat, penyakit, serangan anjing dan kebakaran hutan. – AFP