Besbol, luncur ombak di Olimpik 2020

Besbol, luncur ombak di Olimpik 2020

RIO DE JANEIRO, 4 Ogos – Besbol akan kembali dipertandingkan pada temasya Olimpik Tokyo 2020 selain luncur air, papan selaju (skateboarding), memanjat dan karate selepas mendapat kelulusan, awal pagi tadi.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengundi untuk kelima-lima sukan itu dipertandingkan di Tokyo, sekali gus menyaksikan keseluruhan 33 sukan bakal dipertandingkan.

“Ini adalah pencapaian dalam inovasi yang dilakukan untuk program Olimpik yang mana kita boleh merasai pengalamannya bermula empat tahun dari sekarang di Tokyo 2020,” kata Presiden IOC, Thomas Bach.

Lima sukan itu – dengan sofbol wanita digabungkan bersama besbol – menjadikan keseluruhan 18 acara dan 474 atlet akan mengambil bahagian di Tokyo.

Pesuruhjaya Professional Baseball Nippon Jepun, Katsuhiko Kumazaki (kanan), Persekutuan Besbol Presiden Jepun, Norio Ichino (tengah) dan PresidenPersatuan Softball Jepun, Hiromi Tokuda (kiri) bergambar ramai pada sidang akhbar di Tokyo kelmarin. – AFP
Pesuruhjaya Professional Baseball Nippon Jepun, Katsuhiko Kumazaki (kanan), Persekutuan Besbol Presiden Jepun, Norio Ichino (tengah) dan PresidenPersatuan Softball Jepun, Hiromi Tokuda (kiri) bergambar ramai pada sidang akhbar di Tokyo kelmarin. – AFP

Keputusan yang dicapai awal pagi tadi itu menamatkan proses selama lebih setahun yang menolak permohonan daripada 26 jenis sukan dan menggugurkan skuasy, boling dan wushu daripada lapan sukan yang disenarai pendek, September lalu.

Besbol adalah sukan nombor satu di Jepun dan sudah melahirkan pemain bintang seperti Ichiro Suzuki dan Hideki Matsui. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA