Best Eastern adakan aktiviti akhiri cuti persekolahan

Best Eastern adakan aktiviti akhiri cuti persekolahan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Bersempena berakhirnya musim cuti persekolahan, Best Eastern dengan kerjasama Times Square, hari ini, mengadakan aktiviti membuat gelang Charmazing di hadapan Kedai Buku Best Eastern, Times Square, di sini.

Ia merupakan antara aktiviti yang dijalankan dalam karnival sepanjang cuti persekolahan dan hujung minggu.

Selain membuat gelang Charmazing, aktiviti-aktiviti lain yang turut diadakan termasuk mewarna rambut, seni kuku dan pertandingan mewarna.

Dalam pada itu, Times Square juga akan mengadakan beberapa aktiviti lain seperti Festival Makanan dan Filem Jepun bermula 18 hingga 20 September serta Pameran Perkahwinan pada 25 hingga 29 September ini.

Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran bolehlah bertanya di pondok cabutan bertuah di kawasan lobi Times Square atau layari tsqbrunei.com untuk mengetahui acara-acara yang bakal diadakan.

Antara aktiviti yang berlangsung di karnival tersebut.
Antara aktiviti yang berlangsung di karnival tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA