Betatar tewaskan Putri Indonesia

Betatar tewaskan Putri Indonesia

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 April – Betatar menewaskan Putri Indonesia dengan kiraan tiga set tanpa balas untuk muncul juara Kejohanan Bola Tampar Terbuka Wanita Kali Pertama 2016 anjuran Spitfire dengan kerjasama Persatuan Bola Tampar Amatur Brunei (BAVA).

Manakala Revamp memastikan tempat ketiga menjadi miliknya selepas berjaya menewaskan MK PVEB dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, yang berlangsung sebelum perlawanan akhir antara Betatar dengan Putri Indonesia.

Hadir menyaksikan kedua-dua perlawanan yang berlangsung malam tadi dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Duta Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nurul Qomar.

Perlawanan kategori wanita yang telah pun bermula sejak 12 Mac 2016 itu telah berakhir malam tadi di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB).

PYT Nurul Qomar bersama tiga pasukan terbaik Kejohanan Bola Tampar Terbuka Wanita Kali Pertama anjuran Spitfire dengan kerjasama BAVA.
PYT Nurul Qomar bersama tiga pasukan terbaik Kejohanan Bola Tampar Terbuka Wanita Kali Pertama anjuran Spitfire dengan kerjasama BAVA.

ARTIKEL YANG SAMA