BFL2017 terim...

BFL2017 terima tajaan

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Liga Futsal Brunei (BFL) 2017 mendapat rangsangan yang diperlukan apabila menerima tajaan wang tunai sejumlah $5,000 dan jersi percuma untuk ‘ball boy’ dari dua buah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, Arin’s Enterprise dan Anis Coffee.

Separuh daripada jumlah itu dan jersi percuma disumbangkan oleh Arin’s Enterprise, manakala sebanyak $2,500 lagi hasil sumbangan Anis Coffee.

Menyampaikan tajaan itu kepada ExCo NFABD merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Futsal NFABD, Awang Rosdin bin Haji Abdul Aziz ialah pemilik dan pengurus besar kedua-dua perusahaan berkenaan, Awang Hazrin bin Majid.

Awang Hazrin berjabat tangan dengan Awang Rosdin sebagai tanda persetujuan atas tajaan bagi jersi dan wang tunai bagi musim BFL2017.
Awang Hazrin berjabat tangan dengan Awang Rosdin sebagai tanda persetujuan atas tajaan bagi jersi dan wang tunai bagi musim BFL2017.

Awang Hazrin dalam temu bual media menyatakan beliau sangat meminati sukan futsal dan bola sepak, maka memang telah menjadi hasrat dan niatnya untuk menghulurkan bantuan kepada perkembangan kedua-dua sukan itu di negara ini.

Arin’s Enterprise merupakan perusahaan menjual barangan sukan bola sepak dan futsal, manakala Anis Coffee merupakan perusahaan menjual minuman sejuk lima perisa iaitu Coklat, Mocha, Cappuccino, Coffee dan Green Tea.

Sementara itu dalam perkembangan terbaru BFL2017, dua pasukan jemputan dari Malaysia iaitu Kuantan Rangers dan Miri FA akan membuka tirai saingan masing-masing dalam liga futsal kebangsaan Brunei Darussalam esok, Jumaat, 19 Mei.

ARTIKEL YANG SAMA