BGC uji ‘tindak balas’ kecemasan

BGC uji ‘tindak balas’ kecemasan

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mei – Brunei Gas Carrier Sdn Bhd (BGC), hari ini, telah melaksanakan pelan pertolongan cemas dalam satu latihan yang dinamakan TUMBANG bagi menguji dan menilai persediaan dan tindak balas ahli pertolongan cemas BGC.

Senario latihan itu bermula dengan insiden struktur perancah (scaffolding) yang runtuh di kawasan pembinaan yang mengakibatkan beberapa pekerja mengalami kecederaan dan tidak sedarkan diri.

Berikutan dengan itu, petugas kecemasan BGC segera memberikan bantuan sewajarnya.

Beberapa buah agensi kerajaan turut dijemput menyertai latihan tersebut antaranya adalah Perkhidmatan Ambulans Perubatan Kecemasan (EMAS), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Polis Diraja Brunei dan pihak-pihak berkepentingan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat ‘merawat’ seorang kakitangan BGC yang terlibat dalam kemalangan di kawasan pembinaan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat ‘merawat’ seorang kakitangan BGC yang terlibat dalam kemalangan di kawasan pembinaan.

Ia merupakan latihan kecemasan pejabat pertama BGC yang melibatkan dengan tindak balas dan sokongan daripada pihak berkuasa yang terbabit.

Latihan ini juga memberi peluang untuk menganalisis aksi tindakan oleh BGC dan penguat kuasa dalam mengurus situasi dan penyelarasan.

ARTIKEL YANG SAMA