Bhutan bolos sedozen, Timor L, Laos dibelasah

Bhutan bolos sedozen, Timor L, Laos dibelasah

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Agensi) – Selain skuad Harimau Malaya yang menjadi belasahan Palestin, 6-0, turut menjadi mangsa pesta gol malam tadi dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 adalah pasukan Bhutan, Timor Leste dan Laos.

Bhutan yang berada dalam Kumpulan C, menjadi mangsa kepada China di gelanggang lawannya itu apabila tumbang 12-0. Enam pemain negara tembok besar China itu muncul sebagai penjaring dengan tiga daripadanya masing-masing menjaringkan dua gol iaitu menerusi Yang Xu (13, 21-pen, 37, 52) Yu Dabao (16, 39) Yu Hanchao (34, 72) Wang Yongpo (66, 81).

Gol pertama hadir pada pada minit ke-10 menerusi Mei Fang, sebelum diakhiri Zhang Xizhe dua minit sebelum wisel penamat. Satu lagi aksi dalam kumpulan ini menyaksikan Maldives 0 Hong Kong 1.

Timor Leste yang berada dalam Kumpulan A bersama Malaysia pula menjadi mangsa Emiriah Arab Bersatu (UAE), apabila dibelasah 8-0 di laman lawannya itu. Ahmed Khalil menjaringkan empat gol iaitu pada minit ke-43, 53-pen, 57, 58 manakala Ahmed Ali al-Ebri meledak dua gol (15, 20) dan Ahmed al-Hasmi satu gol (87).

Laos pula dibelasah Lubnan, 7-0 di gelanggang lawannya itu dengan enam pemain menjaringkan gol iaitu Yousif Mohamed (27), Roda Antar (34), Hassan Chaito (36, 90+1), Ali Hammam (42), Hassan Matouk (59), Joan Oumari (88) Satu lagi aksi dalam Kumpulan G ini menyaksikan Korea Selatan membelasah Myanmar 4-0.

ARTIKEL YANG SAMA