BIACC rai 77 anak yatim

BIACC rai 77 anak yatim

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Ramadan terus disemarakkan dengan majlis khatam, sumbangan derma dan bersungkai bersama anak yatim di negara ini dan terbaru, Syarikat BIACC Sdn Bhd turut meraikan anak-anak yatim ini dalam majlis 3 dalam 1 di Tarindak D’Seni, Bandar Seri Begawan.

Seramai 77 orang yatim dari Daerah-daerah Brunei dan Muara, Belait dan Tutong menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Syarikat BIACC, Awang Ariffin bin Haji Emran.

Majlis 3 dalam 1 yang turut diserikan dengan ceramah khas oleh penceramah undangan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Haji Samali itu bertujuan menyemarakkan lagi suasana Ramadan dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan kegemilangan digemakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan memartabatkan kesuciannya.

Ia juga dihasrat dapat menjalinkan suasana harmoni dan mengeratkan silaturahim antara kakitangan dan keprihatinan terhadap orang-orang yang kurang bernasib baik.

Tetamu kehormat menyampaikan sumbangan.
Tetamu kehormat menyampaikan sumbangan.

ARTIKEL YANG SAMA