Biasiswa ke Korea kini dibuka

Biasiswa ke Korea kini dibuka

pg06_150907_c

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept – Kedutaan Republik Korea di Brunei Darussalam memaklumkan bahawa Biasiswa Korea Global 2016: Program Biasiswa Kerajaan Korea untuk Pelajar Antarabangsa bagi Ijazah Sarjana Muda kini dibukakan kepada warga Brunei.

Menurut kenyataan Kedutaan Republik Korea, di sini, biasiswa bagi tahun akademik 2016 – 2021 ini bermatlamat untuk menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian peringkat tinggi di Korea bagi mempromosikan pertukaran antarabangsa dalam pendidikan dan persahabatan dalam kalangan negara-negara.

Biasiswa ini menawarkan tambang kapal terbang, perbelanjaan latihan Bahasa Korea, tuisyen-tuisyen, perbelanjaan bulanan, elaun penginapan, insurans perubatan dan elaun penerbangan balik dari 1 Mac 2016 hingga 28 Februari 2021.

Syarat-syarat untuk memohon biasiswa berkenaan termasuk mestilah warga Brunei Darussalam begitu juga ibu bapa pemohon; berumur di bawah 25 tahun pada 1 Mac 2016 (lahir selepas 1 Mac 1991); mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang memuaskan; tamat atau dijadualkan tamat pembelajaran daripada sekolah menengah pada 1 Mac 2016; memiliki lebih 80 peratus (daripada 100 peratus) purata gred kumulatif (C.G.P.A.) atau mesti berada dalam lingkungan 20 peratus (daripada 100 peratus) dalam rangking sepanjang tempoh sekolah menengah; tidak pernah menerima biasiswa kerajaan Korea untuk kursus sarjana muda; tidak pernah mengambil kursus sarjana di Korea sebelum ini; tidak mempunyai halangan berkunjung ke luar negara; dan mungkin terdapat pemilihan khas untuk pemohon yang mempunyai kefasihan dalam Bahasa Korea atau Bahasa Inggeris.

Sehubungan itu, mereka yang berminat perlu menghantar kesemua dokumen yang diperlukan ke Kedutaan Republik Korea selewat-lewatnya 2 Oktober 2015.

Semua butir-butir dan borang pendaftaran juga boleh diperolehi daripada laman web Kedutaan Korea di alamat http://brn.mofa.go.kr. Untuk maklumat lanjut, orang ramai juga boleh menghubungi Kedutaan Korea (Feroz Andy) di talian 2330250 atau e-mel ke alamat ferozandy@yahoo.com

ARTIKEL YANG SAMA