BIBD anjur Climbathon di Bukit Shahbandar

BIBD anjur Climbathon di Bukit Shahbandar

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Kelab Berbasikal BIBD dan Kecergasan Badan hari ini dengan pihak pengurusan acara, Victory Athletes menganjurkan Climbathon untuk pekerjanya di Taman Rekreasi Bukit Shahbandar bagi mempromosikan gaya hidup sihat dan memupuk semangat kerja berpasukan di kalangan kakitangannya.

Sebagai sebahagian daripada Climbathon itu, kira-kira 70 peserta terpaksa mendaki sembilan bukit sejauh lima kilometer. Climbathon itu termasuk tiga kategori terbuka lelaki dan wanita bersama dengan acara pasukan.

Turut hadir mengambil bahagian ialah Pengarah Urusan BIBD, Javed Ahmad bersama Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi BIBD, Haji Minorhadi bin Haji Mirhassan, yang juga Ketua Institusi Perbankan BIBD.

Climbathon BIBD adalah antara aktiviti yang dianjurkan oleh kelab rekreasi BIBD termasuk kumpulan berbasikal setiap hujung minggu, joging selepas waktu kerja, perlawanan persahabatan badminton, bola sepak dan bola jaring untuk membantu mewujudkan persekitaran yang lebih padu kerja di antara keluarga BIBD secara keseluruhan.

Antara mereka yang terlibat dalam acara Climbathon BIBD.
Antara mereka yang terlibat dalam acara Climbathon BIBD.

ARTIKEL YANG SAMA