BIBD anjur sungkai, khatam Al-Quran

BIBD anjur sungkai, khatam Al-Quran

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Bank Islam Brunei Darussalam, (BIBD) semalam, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Bersungkai untuk kira-kira 250 orang kakitangannya yang berlangsung di Tarindak D’Seni.

Hadir pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin bin Abdullah yang juga selaku Pengerusi BIBD, bersama ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Badan Penasihat Syariah serta warga pengurusan dan kakitangan BIBD.

Acara didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum Majlis Khatam Al-Quran yang disertai lebih 50 orang kakitangan BIBD dan diakhiri dengan bersungkai beramai-ramai.

Menurut kenyataan BIBD, majlis berkenaan merupakan sebahagian daripada aktiviti keagamaannya di bulan Ramadan, yang turut diisikan dengan kempen amal ‘Sirah Amal’ dan Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja, baru-baru ini.

Warga BIBD semasa Majlis Khatam Al-Quran di Tarindak D’Seni.
Warga BIBD semasa Majlis Khatam Al-Quran di Tarindak D’Seni.

ARTIKEL YANG SAMA