BIBD anjur taklimat celik kewangan

BIBD anjur taklimat celik kewangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Sept – Seramai 100 orang terdiri daripada para pelajar dan guru dari Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) telah menghadiri Taklimat Celik Kewangan anjuran Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) hari ini.

Taklimat yang juga dihadiri oleh ibu bapa para pelajar itu telah disampaikan oleh Perancang Kewangan Islam, Audrey Dupanggal Koh yang berlangsung di Dewan Persidangan sekolah berkenaan.

Ia adalah sebagai salah satu usaha berterusan BIBD untuk meningkatkan kesedaran mengenai faedah pengurusan kewangan yang lebih baik, pada masa yang sama menekankan kepentingannya dalam meningkatkan kesedaran celik kewangan di negara ini.

Antara warga STPRI dan ibu bapa pelajar ketika menghadiri Taklimat Celik Kewangan anjuran BIBD di sekolah berkenaan.
Antara warga STPRI dan ibu bapa pelajar ketika menghadiri Taklimat Celik Kewangan anjuran BIBD di sekolah berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA