BIBD anjur taklimat celik kewangan

BIBD anjur taklimat celik kewangan

pg18_160414_a

BANK Islam Brunei Darussalam (BIBD) kelmarin mengadakan taklimat mengenai celik kewangan kepada hampir lima puluh anggota Setia Protective Security Services Sdn Bhd (SPSS). Ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan BIBD bagi meningkatkan kesedaran dan kelebihan mengenai pengurusan kewangan yang lebih baik, pada masa yang sama menekankan terhadap kepentingan kesedaran celik kewangan di Negara Brunei Darussalam. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh kakitangan BIBD Dayang Rozilawati binti Haji Jamil dan Dayang Norlia binti Mohd Taib.

ARTIKEL YANG SAMA