BIBD ceriakan penghuni rumah kebajikan

BIBD ceriakan penghuni rumah kebajikan

Oleh Sim Y. H.

 

BANK Islam Brunei Darussalam (BIBD) membawa keceriaan kepada kira-kira 70 orang penghuni dan penjaga di Kompleks Rumah Kebajikan Kampung Belimbing di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan mengadakan Majlis Iftar di Restoran Emperor’s Court, Manggis, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BIBD, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diikuti dengan penyerahan sumbangan derma oleh Pengarah Urusan BIBD, Awang Javed Ahmad kepada 45 orang penghuni rumah kebajikan berkenaan serta juga menyampaikan sijil penghargaan kepada kumpulan sukarelawan ALMAS di atas bantuan mereka dalam sama-sama menjayakan acara kebajikan tahunan BIBD, Sirah Amal berkenaan.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Ketua Bahagian Institusi Perbankan BIBD, Haji Minorhadi bin Haji Mirhassan dan Timbalan Ketua Bahagian Perbankan Pengguna BIBD yang juga Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat BIBD, Hajah Nurul Akmar bin Haji Mohd Ja’afar.

Hajah Nurul Akmar berkata bahawa majlis Iftar yang diadakan itu merupakan kesinambungan kepada inisiatif Sirah Amal BIBD sebagai salah satu rakan masyarakat yang aktif.

Rakaman bergambar ramai sebagai kenangan.
Rakaman bergambar ramai sebagai kenangan.

Beliau menyatakan harapan bahawa sumbangan derma itu akan menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan penghuni-penghuni rumah untuk menjadi anggota masyarakat yang sentiasa produktif.

ARTIKEL YANG SAMA