BIBD hargai media tempatan

BIBD hargai media tempatan

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh James Kon

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Feb – Bagi menghargai media tempatan, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) malam tadi telah mengadakan Majlis Penghargaan Media yang berlangsung di Dewan Terindak D’Seni, di ibu negara.

Lebih 100 orang wartawan dan penyunting dari sektor kerajaan dan swasta terdiri daripada media cetak, elektronik dan dalam talian, diraikan dalam majlis itu yang dimeriahkan dengan persembahan nyanyian, hiburan berkumpulan dengan permainan kuiz.

Apa yang menarik lagi, BIBD juga menyediakan beberapa jenis aktiviti dengan memberikan hadiah berupa barangan set kopi dan persembahan silap mata oleh Nadzri Harif.

Majlis berkenaan merupakan sebagai tanda penghargaan atas kerja keras oleh pihak media tempatan bagi bank berkenaan, serta peluang untuk semua berhibur, menikmati jamuan dan mengeratkan silaturahim sesama sendiri dan kakitangan BIBD.

Antara ahli media yang menghadiri Majlis Penghargaan Media yang dihoskan oleh BIBD.
Antara ahli media yang menghadiri Majlis Penghargaan Media yang dihoskan oleh BIBD.
Antara gelagat yang menghiburkan pada Majlis Penghargaan Media itu.
Antara gelagat yang menghiburkan pada Majlis Penghargaan Media itu.

ARTIKEL YANG SAMA