BIBD hargai penyokong CE ALAF

BIBD hargai penyokong CE ALAF

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Nov – Kira-kira 400 penyokong CE ALAF BIBD 2015 (Ekspedisi Amal bagi Menyokong Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi Program Masa Depan Beraspirasi) diraikan pada majlis makan malam penghargaan yang berlangsung di Dewan Tarindak, Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei di ibu negara baru-baru ini.

Resepsi makan malam itu diadakan sebagai menghargai sokongan dan sumbangan daripada rakan-rakan korporat, para penaja dan para sukarelawan.

Pada CE ALAF, kira-kira seribu rakan korporat, penaja dan sukarela berkumpul dan menguntukkan masa dan usaha mereka bagi CE ke arah kejayaan program ALAF, yang berjaya menarik minat lebih 5,000 peserta.

Dalam ucapan alu-aluan, Ketua Pegawai Kewangan BIBD merangkap Timbalan Pengarah Urusan, Hajah Noraini binti Haji Sulaiman menghargai dan mengiktiraf semua sumbangan yang diberikan. “Acara seperti CE ALAF ini membolehkan penambahan dana yang perlu supaya pelajar boleh terus bersekolah dan menerima pendidikan sehingga peringkat tertinggi dan satu hari nanti mereka akan dapat mencapai matlamat dan cita-cita mereka,” tambahnya.

Atas/bawah: Hajah Noraini menyampaikan plak penghargaan kepada pengurus syarikat yang menyokong CE ALAF.
Atas/bawah: Hajah Noraini menyampaikan plak penghargaan kepada pengurus syarikat yang menyokong CE ALAF.

pg10_151118_d

Pada majlis itu juga, Progresif Cellular Sdn Bhd (PCSB) juga mengumumkan sokongan seterusnya bagi ALAF dengan memperkenalkan derma SMS bagi Program ALAF. Para pelanggan PSCB kini boleh menderma dengan nilai $1, $5, $10, $15 dan $20 dengan menaip ‘ALAF’ dan memasukkan jumlah yang dipilih, dan menghantarnya ke 38988.

Program ALAF, yang dilancarkan pada Mei 2013 oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, telah berkembang dengan perkongsian rapat Kementerian Pendidikan.

Ini akan membawa kepada usaha berterusan dan kerjasama rapat antara kedua-dua belah pihak untuk memastikan pelaksanaan berjaya dan peruntukan bantuan kepada program ALAF.

pg10_151118_e

Pada waktu yang sama, Program ALAF juga disokong oleh Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Pada masa ini, terdapat hampir 90 orang pelajar dalam program ALAF, dengan lebih banyak lagi akan dimasukkan pada tahun mendatang.

Program ALAF antara lainnya menyediakan pelajar-pelajar terpilih dengan peruntukan bagi bayaran sekolah dan tuisyen, bahan pendidikan dan kebajikan, dan juga membimbing dan kaunseling yang perlu.

Program ALAF akan juga terus memberi sokongan dan bantuan kepada pelajar-pelajar ini sehingga akhir keperluan pembelajaran masing-masing.