BIBD hos Jelajah Berbasikal 1 M’sia Dunia Untuk Keamanan

BIBD hos Jelajah Berbasikal 1 M’sia Dunia Untuk Keamanan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Kelab Berbasikal Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dengan sokongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Persekutuan Basikal Brunei Darussalam diberikan peluang untuk menghoskan pusingan Brunei bagi Jelajah Berbasikal 1 Malaysia Dunia Untuk Keamanan.

Jelajah sejauh 40km itu adalah inisiatif daripada Raub Kelab Berbasikal Reborn (KBRB) dari Pahang, Malaysia. Acara melepaskan kira-kira 200 penunggang dari Brunei, Malaysia, Filipina dan Thailand di Taman Jubli Perak di ibu negara semalam disempurnakan oleh Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam, Puan Haznah binti Mohd Hashim. Jelajah tersebut membabitkan laluan di ibu negara, Damuan, Taman Agrotech di Rimba dan kemudian kembali semula ke Taman Jubli Perak. Turut memberikan sokongan ialah Awang Tum Tum Cycles, Restoran Amanah Harith dan Katering bersama dengan Pasukan Polis Diraja Brunei.

Sebelum ini KBRB turut bersama menganjurkan acara berbasikal di Singapura, Indonesia, Vietnam dan Thailand.

Acara perlepasan para peserta jelajah disempurnakan oleh Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Haznah binti Mohd Hashim.
Acara perlepasan para peserta jelajah disempurnakan oleh Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Haznah binti Mohd Hashim.

ARTIKEL YANG SAMA