BIBD kekal mantap

BIBD kekal mantap

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mac – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) merujuk kepada penerbitan media baru-baru ini yang menekankan pandangan agensi pengkadaran kredit antarabangsa bahawa sektor perbankan Brunei dijangka terus stabil.

Berdasarkan Laporan 2016 Standard & Poor’s (S&P) yang terbaru, BIBD mengekalkan pengkadaran A yang mantap yang diberikan kepada bank berkenaan Oktober lalu.

Pengesahan pengkadaran S&P memperlihatkan pegangan saham dominan BIBD di Brunei Darussalam, dengan kedudukan modalnya yang kukuh, profil kecairan mantap, pembiayaan rendah nisbah deposit dan kemampuan pembiayaan.

Pengesahan ini seterusnya mengukuhkan kedudukan BIBD sebagai bank dengan perkadaran tertinggi di Brunei Darussalam dan juga mengukuhkan kedudukannya sebagai salah sebuah yang unggul di rantau ini, setanding dengan bank-bank serantau besar yang mantap di ASEAN dari segi teknologi, julat produk dan perkhidmatan pelanggan.

Pengkadaran mantap BIBD yang berterusan ini memperlihatkan kekukuhan kewangan bank dan asas yang kukuh. BIBD yakin akan daya pemulihannya dan tetap komited dengan dasar fiskalnya yang cermat dan pengurusan risiko yang kukuh.

Selain menerima pengkadaran mantap dari S&P, BIBD baru-baru ini juga dianugerahkan Bank Runcit Terbaik Asian Banker dalam tahun 2016.

Ini adalah tahun keempat berturut-turut BIBD telah menerima anugerah berprestij ini. Peristiwa penting ini membuktikan bahawa BIBD sejajar dengan aspirasi negara untuk memajukan sektor kewangan Brunei.

Dalam memperlihatkan pengkadaran S&P dan anugerah Asian Banker, Pengarah Urusan BIBD, Mubashar Khokhar berkata, “Kami menghargai Kerajaan Brunei di atas dasar pemikiran yang ke depan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di negara ini dan usahanya ke arah memastikan sektor kewangan Brunei berkembang mantap dan sejajar di antarabangsa.”

Beliau seterusnya menambah, “Bank ini akan terus berusaha menjadi pilihan pertama bagi pelanggan-pelanggan tetapnya, kakitangan dan juga para stakeholder.”

ARTIKEL YANG SAMA