BIBD lancar SME 360 untuk PKS

BIBD lancar SME 360 untuk PKS

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) hari ini melancarkan tawaran SME 360° semasa lawatan kerja Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan ke Pusat Sokongan Perniagaan (BSC) DARe di Bangunan Reka Bentuk dan Teknologi, Taman Teknologi Anggerek Desa, Berakas.

Pengarah Urusan BIBD, Mubashar Khokhar dalam satu kenyataan berkata, pelancaran hari ini berserta produk-produk dan perkhidmatan BIBD yang lain, meletakkan bank itu sejajar dengan wawasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjadikan Brunei sebuah negara yang mempunyai ekonomi yang dinamik dan mapan.

“Di samping membina hubungan dengan DARe, kami akan terus meningkatkan jalinan kerjasama dengan institusi-institusi kerajaan bagi mewujudkan peluang dan penyelesaian yang lebih baik.

Duli Yang Teramat Mulia berkenan menyaksikan petak pameran BIBD.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menyaksikan petak pameran BIBD.

“Kami juga berterima kasih serta menyokong usaha dan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Kami yakin sumbangan BIBD hari ini, khususnya dalam menyokong Wawasan 2035, akan mewujudkan lebih banyak landasan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk berkembang dan membangunkan lebih banyak perniagaan dan pemimpin industri di Brunei Darussalam,” ujar beliau.

SME 360° menawarkan penyelasan perbankan yang komprehensif bagi memenuhi keperluan-keperluan perniagaan, terutamanya PKS, termasuk pasukan Pengurusan Perhubungan khas, penyelesaian kewangan dan pembayaran digital.

Pasukan pengurusan perhubungan khas menyediakan akses kepada nasihat-nasihat perbankan dan penyelesaian kewangan seperti modal kerja, hartanah, penyambungan (bridging), kontrak perbekalan, pembiayaan perdagangan dan jaminan.

Selain itu, perusahaan-perusahaan juga boleh mengakses kepada pelbagai penyelesaian pembiayaan digitam BIBD seperti perkhidmatan kad pedagang, e-tunai, e-bayar, perkhidmatan pembayaran Internet MasterCard dan perbankan Internet korporat.

ARTIKEL YANG SAMA