BIBD lancarkan ruang perdana

BIBD lancarkan ruang perdana

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 12 Jun – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah melancarkan ruang Perbankan Perdana Privilege yang kedua di cawangannya di Bangunan Plaza V Jalan Sungai, di sini, hari ini.

Pelancarannya telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), Haji Yusof bin Abdul Rahman selaku tetamu kehormat.

Dengan perasmian ruang tersebut, dapat meningkatkan lagi perkhidmatan eksklusif Perbankan Perdana Privilege kepada para pelanggannya di daerah ini, dengan menyediakan produk, kemudahan perbankan dan perkhidmatan khusus eksklusif BIBD bagi pelanggan istimewa mereka.

Ruang Perdana itu membolehkan ahli-ahlinya mengakses bilik perjumpaan awam dan swasta, bilik persidangan, e-Majalah, perkhidmatan letak kereta, dan sebagainya ditambah lagi dengan layanan mesra kakitangannya.

Dalam ucapan alu-aluannya, Pengarah Urusan BIBD, Javed Ahmad berkata, dengan tambahan Perbankan Perdana Privilege, akan terus memperkayakan pengalaman perbankan melalui penyelesaian yang dinamik dan menarik.

Perasmian oleh tetamu kehormat Pengarah Urusan Autoriti Monetari Brunei Darussalam .
Perasmian oleh tetamu kehormat Pengarah Urusan Autoriti Monetari Brunei Darussalam .
Tetamu Kehormat meninjau secara lebih dekat ruang Perbankan Perdana Privilege BIBD Belait.
Tetamu Kehormat meninjau secara lebih dekat ruang Perbankan Perdana Privilege BIBD Belait.

Beliau juga memaklumkan bahawa, sedikit masa lagi mereka akan membuka lagi ruang Perdana lain untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat dan mengurangkan jurang antara bank dan pelanggan mereka yang sangat dihargai.

Selain mempunyai pengurus perhubungan yang khusus, pelanggan Perbankan Perdana Privilege BIBD juga akan mendapat manfaat daripada rangkaian produk yang menarik termasuk Kad Debit dan Kredit Platinum, akses kepada laman web dan hotline eksklusif Pusat Perhubungan Perdana, selain ruang lapangan terbang di seluruh dunia melalui keahlian Pas Keutamaan, adalah antara pelbagai kemudahan yang menarik.

Kad Master Platinum Perdana juga akan diberikan bersama Kad Master Perkhidmatan Global yang membolehkan laporan mengenai kehilangan atau kecurian kad dan penggantian kad kecemasan dan wang tunai daripada mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Kad-kad juga secara automatik membawa perlindungan Takaful bagi kemalangan perjalanan peribadi, Takaful Musafir dan Perlindungan Pembelian.

Perdana telah ditubuhkan pada tahun 2003 sebagai Perbankan Perdana Dunia (PWB) di bawah Bank Pembangunan Islam Brunei, untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan perbankan khususnya bagi Individu Net-Worth dan pelanggan istimewa BIBD.