BIBD lebarkan sayap ke Singapura

BIBD lebarkan sayap ke Singapura

Oleh Hakim Hayat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) melakar satu lagi sejarah, melebarkan operasinya melangkaui sempadan Brunei dengan membuka pejabat antarabangsa pertama luar negara di Singapura tidak lama lagi.

Menurut Pengarah Urusan BIBD Javed Ahmad (gambar), pihaknya telah memperoleh semua kelulusan yang diperlukan daripada pengawal selia perbankan Singapura dan BIBD juga telah menandatangani perjanjian bagi premis.

Pembukaan pejabat antarabangsa itu akan dibuat secara sederhana pada bulan ini manakala pelancaran rasmi dijangka diadakan selepas bulan Ramadan nanti, katanya dalam temu bual eksklusif di pejabatnya hari ini.

Menurutnya, BIBD begitu gembira dan teruja dengan pelancaran kehadiran pertama antarabangsa mereka di Singapura.

Pejabat perwakilan di Singapura ditugaskan untuk melakukan penyelidikan pemasaran di negara itu untuk memahami persekitaran keseluruhannya. Pada waktu yang sama pejabat itu akan memasarkan produk dan perkhidmatan bank ini di negara kota itu.

pg01_150502_b

Apabila ditanya tentang peluang yang ada di Singapura, Javed berkata pada masa ini bank-bank Malaysia yang berada di sana menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam, namun BIBD juga ingin melabur dalam peluang-peluang yang ada.

“Brunei Darussalam dan Singapura menikmati hubungan sangat rapat dan matawang kita juga saling boleh ditukar, itu bermakna ada peluang bagi kita.”

Kira-kira 500,000 penduduk Singapura adalah beragama Islam dengan pendapatan satu kapita melebihi $50,000.

“Terdapat banyak sebenarnya untuk kita terokai di sana,” tambahnya lagi.

Membuka pejabat di Singapura akan menetapkan suasana strategi perluasan sejagat BIBD, katanya sambil menambah bahawa BIBD merancang untuk membuka dua lagi pejabat antarabangsa pada masa akan datang.

“Ini adalah langkah pertama, kami perlu mula belajar bagaimana untuk berjalan sebelum berlari”.

BIBD, satu-satunya bank Islam yang menerajui industri perbankan negara ini, telah mencatatkan kejayaan besar sejak penubuhannya sedekad lalu. Ini adalah jelas daripada anugerah antarabangsa dan serantau yang diterima oleh bank ini di atas prestasi mantap keseluruhan kunci kira-kiranya.

BIBD telah dianugerahkan sebagai Bank Terbaik di Brunei pada 2014, bagi kali kedua berturut-turut oleh penerbitan perbankan antarabangsa paling lama beroperasi di dunia, The Banker.

Ia juga menerima anugerah “Bank Paling Kukuh di Brunei 2014” dari Asian Banker, penyedia perisikan niaga strategik paling berwibawa di Asia Pasifik kepada masyarakat perkhidmatan kewangan. Asian Banker juga meletakkan BIBD pada kedudukan ke-14 dalam senarainya “500 Bank Paling Kukuh Asia Pasifik’ berdasarkan kunci kira-kira dalam tahun 2014, yang memasukkannya dalam taraf sama dengan bank-bank di pusat kewangan utama Asia seperti Singapura dan Hong Kong.

ARTIKEL YANG SAMA