BIBD menyokong Program ‘Outreach’ kemasyarakatan Sg Tali

BIBD menyokong Program ‘Outreach’ kemasyarakatan Sg Tali

DALAM usaha menyokong program “Comunity Outreach’, BIBD (Wealth Management Team) telah melanjutkan sokongan mereka terhadap program outreach “Berambih Tah Ke Sekolah Sungai Tali” yang mana telah dianjurkan dan dijalankan oleh Sekolah Rendah dan Sekolah Ugama Sungai Tali.

Program yang bermanfaat

Dalam memperlihatkan usaha sokongan mereka, Pasukan BIBD (Wealth Management Team) telah menjalankan program mereka sendiri iaitu “Perlumbaan Duit” (Usin Race) yang mana program dan aktiviti ini berusaha untuk meningkatkan tahap kesedaran mengenai kepentingan mengenai hal berhubung kait dengan perancangan kewangan Islam.

Program/aktiviti ini disokong sepenuhnya oleh BIBD Islamic Financial Planners, Hajah Isnora Minudin dan Dayang Rozielawati Haji Jamil daripada Unit Pengurusan (Wealth Management).

Program dan aktiviti ini disertai oleh kira-kira lima puluh orang murid dari tahun lima dan enam sekolah berkenaan.

Aktiviti perlumbaan ini memerlukan pelajar untuk membuat keputusan kewangan yang kukuh, tepat dengan bekerja keras untuk mendapatkan gaji (salary), dan mengajar mereka bagaimana untuk membelanjakan wang gaji mereka dengan bijak (needs vs wants).

Dalam pada masa yang sama, perlumbaan tersebut diserlahkan dengan penekanan akan betapa pentingnya untuk mempunyai sistem perlindungan (Takaful/insurans) dan aktiviti berkenaan juga berperanan untuk mengingatkan pelajar-pelajar supaya sentiasa mengamalkan sikap bersedekah melalui pendapatan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA