BIBD perkenal pek CE ALAF

BIBD perkenal pek CE ALAF

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), hari ini, telah memperkenalkan pek penyertaan Ekspedisi Amal (CE) untuk Program Galakan Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi Masa Depan Cemerlang (ALAF) 2015 yang akan mengandungi baju T dan beg sandang CE ALAF.

Menurut kenyataan BIBD, di sini, hari ini, barangan tambahan juga boleh didapati menerusi laman sesawang CE ALAF seperti jam-jam tangan larian Polar yang boleh dibeli ketika pendaftaran bagi ekspedisi amal berkenaan.

Pendaftaran untuk menyertai ekspedisi berkenaan boleh dibuat menerusi laman sesawang ALAF di alamat www.bibdalaf.com atau kios CE ALAF di cawangan Aewon di Kiarong, Seria dan Airport Mall.

Sementara itu, pembayaran bagi pendaftaran serta pembelian barangan boleh dibuat secara langsung menerusi laman sesawang berkenaan menggunakan mana-mana kad debit atau kredit atau secara tunai melalui BIBD Online, BIBD Mobile, mesin-mesin deposit tunai (CDM) BIBD dan mana-mana kaunter cawangan BIBD ke dalam akaun BIBD CSR Raised Fund bernombor 1010400011.

Peserta yang memilih untuk mendaftar menerusi pembayaran tunai, mereka perlu menyimpan bukti pembayaran dalam bentuk slip deposit bagi pembayaran di kaunter-kaunter dan CDM BIBD, atau cetak resit-resit dalam talian atau gambar skrin (screenshot) bagi pembayaran menerusi platform BIBD Online dan BIBD Mobile.

Kakitangan BIBD menggayakan pek penyertaan Ekspedisi Amal ALAF.
Kakitangan BIBD menggayakan pek penyertaan Ekspedisi Amal ALAF.

Bukti-bukti pembayaran ini mestilah ditunjukkan ketika mengambil pek penyertaan bersama slip hasil kutipan derma mereka.

Tarikh akhir bagi pendaftaran adalah pada 30 September 2015, yang mana sebanyak 1,500 pendaftaran awal akan layak menerima barangan terhad edisi CE secara percuma.

Dalam pada itu, BIBD dalam kenyataannya turut mengalu-alukan orang ramai yang berminat untuk menjadi sukarelawan di mana mereka akan menerima baju-T sukarelawan CE ALAF 2015, bagaimanapun, jumlah penyertaan adalah terhad.

Mereka yang berminat bolehlah menghantar e-mel butiran perhubungan kepada pasukan CE ALAF BIBD ke alamat csr@bibd.com.bn menjelang 25 September 2015.

ARTIKEL YANG SAMA