BIBD raikan Aidilfitri di cawangannya

BIBD raikan Aidilfitri di cawangannya

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – BIBD kini sedang merayakan sambutan Aidilfitri bersama pelanggan-pelanggannya di semua cawangan bank berkenaan sepanjang minggu ini.

Pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke cawangan-cawangan BIBD dihidangkan dengan pelbagai juadah sambil berkesempatan beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan bank bagi mengeratkan hubungan antara mereka.

Sambutan Aidilfitri di peringkat cawangan ini adalah sebagai lanjutan kepada sambutan yang diadakan minggu lalu, sebagai sebahagian daripada usaha BIBD dalam menghargai sumbangan pelanggan-pelanggannya.

Sambutan Aidilfitri di cawangan BIBD diteruskan esok (13 Ogos) di cawangan Kuala Belait, Gadong dan Kiulap manakala pada 14 Ogos ia diadakan di cawangan Tanjung Bunut, Tutong dan Kuala Belait.

ARTIKEL YANG SAMA